Pengerusi Kelab UMNO Kaherah Mesir Al-Fadhil Ustaz Hafiz bin Datuk Dr Hamzah menyerahkan Memorandum Isu Masalah Mengecop Visa Pelajar di Jawazat Madinah El-Behoos kepada TYT Dato' Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti (Duta Besar Malaysia Ke Mesir) di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah pada hari Selasa 7 Febuari 2012. Pada pertemuan pengerusi dengan Dato' Dr Fakhrudin bin Abdul Mukti di pejabat beliau telah membincangkan mengenai permasalahan berikut :
2.1 MASALAH JADUAL GILIRAN MENGECOP VISA DI IMEGRESEN MADINAH El–BEHOOS ABBASIAH
Kebanjiran para pelajar yang mengikuti pengajian Islam dan pengajian perubatan di Universiti Al-Azhar cawangan Kahaerah amat ketara,lebih-lebih lagi apabila dua tahun lepas pihak Universiti Al Azhar mengeluarkan peraturan baru dengan tidak lagi menempatkan para pelajar asing di kawasan muhafazah. Masalah untuk mendapatkan visa manjadi masalah yang utama kepada semua para pelajar Malaysia yang bermastautin di kaherah. Hal ini kerana, pelajar Malaysia hanya di benarkan untuk berurusan pada hari sabtu sahaja dan pada hari itu juga turut di kongsi oleh pelajar Indonesia. Padahal para pelajar Indonesia mempunyai 2 hari untuk berurusan, sedangkan pelajar Malaysia hanya mempunyai satu hari untuk berurusan mengecop visa. Jika di buat kiraan jumlah pelajar Indonesia dan pelajar Malaysia yang berada di Kaherah mempunyai bilangan yang sama. Masalah ini menunjukkan pihak Imegresen Mesir berat sebelah dalam menangani masalah pelajar Malaysia untuk mendapatkan visa.
2.2 SISTEM PENGURUSAN IMEGRESEN MESIR AGAK SUKAR DAN TIDAK CEKAP.
Untuk makluman pihak Datuk, Setelah berlakunya revolusi kebangkitan rakyat Mesir segala urusan yang bersangkutan mengenai visa telah bertukar menjadi sukar di Imegresen Madinah El-Behoos, lebih-lebih lagi apabila mereka telah mengeluarkan peraturan dengan menetapkan akhir bulan Disember sebagai tarikh bulan terakhir tamat visa untuk semua pelajar asing. Hal ini amat menyusahkan para pelajar, kerana pada bulan Disember hampir keseluruhan pelajar Malaysia sedang sibuk mengulang kaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan. Keadaan bertambah merumitkan apabila para pelajar terpaksa berhadapan dengan para pekerja yang bertugas di pusat imegresen yang tidak berdisplin dan tidak bersungguh dalam melaksanakan tugas, keadaan ini membuatkan para pelajar Malaysia semakin susah untuk mendapatkan cop visa. Hal ini dapat di buktikan apabila pada hari sabtu iaitu hari berurusan mengecop visa, petugas di situ lebih mementingkan untuk mengecop passport pelajar Indonisia daripada untuk mengecop papsport pelajar Malaysia. Padahal petugas di situ sudah mengetahui yang pelajar Indonesia mempunyai dua hari untuk berurusan tetapi mereka tetap mendahului urusan para pelajar Indonesia dan mengenepikan urusan pelajar Malaysia. Keadaan ini kadang-kadang hampir berlaku pergaduhan di kalangan pelajar Malaysia dan Indonesia. Akibat daripada keadaan tersebut para pelajar Malaysia sanggup keluar awal daripada pukul 9.00 malam dan menunggu sehingga pukul sehingga pukul 4.00 petang, semata-mata untuk berurusan di imegresen ini. Untuk makluman pihak tuan , kami daripada pihak Kelab UMNO Kaherah Mesir mengambil langkah serius tentang perkara ini dengan membuat bancian, hasil daripada bancian tersebut rata-ratanya para pelajar Malaysia masih belum mempunyai visa.
Manakala Resolusi yang dicadangkan kepada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah adalah seperti berikut :
3. RESOLUSI & CADANGAN
3.1 MENETAPKAN HARI KHAS UNTUK URUSAN PELAJAR MALAYSIA
Bagi menanggani kemaslahatan yang dialami oleh pelajar Malaysia dalam menanggani masalah pengurusan visa, kami daripada Ahli Majlis Tertinggi Kelab UMNO Kaherah Mesir mencadangkan agar pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dapat berbincang dengan pihak imegresan Madinah El-Behoos Abbasiah agar menetap satu hari khas untuk pelajar Malaysia untuk berurusan tanpa dikongsi oleh pelajar daripada Negara lain.
3.2 MEMBUAT SATU TEMPAT KHAS UNTUK URUSAN VISA PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA
Kami daripada pihak Kelab UMNO Kaherah Mesir turut mencadangkan agar pihak Tuan sekiranya dapat berbincang dengan pihak pengurusan imegreesen Mesir supaya membuka satu pejabat urusan visa khas untuk pelajar Malaysia di Hayyu asyir ataupun di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
Akhirnya, hasil perbincangan pengerusi dengan Dato' Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti (Duta Besar Malaysia Ke Mesir), Duta bersetuju untuk mengambil langkah untuk menyelesaikan Masalah tersebut dengan menghantar surat rasmi kepada Universiti Al-Azhar untuk membantu menyelesaikan masalah mengecop Visa pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar Kaherah. Antara penyelesaian yang dipersetujui, akan ada hari khas buat pelajar-pelajar Malaysia sahaja untuk mengecop visa dengan tidak melibatkan pelajar-pelajar Indonesia dan pelajar-pelajar Negara-negara Asia. Selain itu juga, Dato' Dr Mohd Fakrudin bin Abdul Mukti amat prihatin dengan keadaan pelajar-pelajar Malaysia yang mengalami tekanan dalam mendapatkan cop visa dan beliau mengatakan pada perjumpaan tersebut beliau sendiri akan turun ke Jawazat Madinah El-Behoos untuk berjumpa dengan para pelajar pada hari sabtu ini, InsyAllah.
disediakan oleh :
KETUA PENERANGAN KELAB UMNO KAHERAH MESIR