PENGERUSI KELAB UMNO KAHERAH MESIR SESI 2011/2012



Tahniah !!!! diucapkan Kepada Ustaz Hafiz bin Datuk Dr Hamzah Al-Hafiz kerana telah dipilih dan dilantik sebagai Pengerusi Kelab UMNO Kaherah Mesir bagi sesi 2011/2012 yang mengantikan Dr Wan Sherhan bin Wan Ilias Mantan Pengerusi Kelab UMNO Kaherah Mesir Sesi 2010/2011 . Semoga tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin untuk memartabatkan Bangsa, Agama & Negara Malaysia di Mesir.

Biodata Ringkas Pengerusi

Nama Hafiz bin Datuk Dr Hamzah Al-Hafiz, dilahirkan pada 6 oktober 1986 di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Merupakan anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik. Telah berkahwin dengan syakirah Nadwa binti Ghazali pada 16 Oktober 2010 di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajjah Rahmah, Kota Kinabalu, Sabah daripada tahun 1999-2003 dan seterusnya menlanjutkan pengajian beliau ke peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor daripada tahun 2004-2007. Kemudian melanjutkan lagi ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Maahad Qiraat Shuobra, Al-Azhar daripada tahun 2007-2010 dan beliau meneruskan lagi pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bertaraf Master ke Kuliah Al-Quran Al-Karim, Universiti AL-Azhar, Tanta tahun pertama. 

Beliau mula memegang jawatan tertinggi di dalam Kelab UMNO Kaherah Mesir bermula pada sesi 2008/2009 & 2009/2010 sebagai Ketua Biro Penyelidikan & Perhubungan Antarabangsa dan memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi pada sesi 2010/2011 seterusnya dipilih dan dilantik menjadi Pengerusi sesi 2011/2012 mengantikan Dr Wan Sherhan bin Wan Ilias Mantan Pengerusi Sesi 2010/2011.

Daripada Biro Media & Komunikasi Kelab UMNO Kaherah Mesir

Leave a Reply