Thank you!

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Minimal Design

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Download high quality wordpress themes at top-wordpress.net

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Easy to use theme admin panel

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

BLOG MEDIA MESIR BENCI KEPADA KESATUAN MAHASISWA DAN UMAT MELAYU ISLAM DI BUMI MESIR!!!!

MEDIA MESIR BENCI, DENGKI, FITNAH, PENIPU, PENGHASUT KEPADA KESATUAN UMAT MELAYU ISLAM DI BUMI MESIR !!!! LIHATLAH ULASAN YANG BERBUAR KEBENCIAN PENGHINAAN KEPADA PEGAWAI EDUCATION MALAYSIA EGYPT & ISMA!!!!


 Teks Asal : Sila Rujuk http://www.mediamesir.blogspot.com/2012/04/isma-sepakat-dengan-umno-islam-tersekat.html

Ramai yang sudah tahu.Malas sebenarnya nak bercakap soal persatuan yamg sudah menjadi balaci dan penyokong tegar UMNO. Siapa yang tak kenal ISMA? ISMA yang memang cukup mesra dan sopan dengan UMNO. Tindakan ISMA tidak pernah dikenakan sebarang tindakan.

Penyertaan ISMA dalam BERSIH 2.0 di Mesir tidak dikenakan sebarang tindakan dan ugutan melampau seperti ahli-ahli persatuan lain. ISMA sudah cukup memberi bebanan kepada ISLAM untuk berkembang dengan subur di Malaysia. Bahkan di Mesir mereka juga dilihat lebih suka bermain dengan selamat, apabila dilihat begitu penakut dan kecut untuk menyatakan pendirian yang jelas terhadap isu dan salah laku pegawai yang tegar UMNO.(gambar kanan: Pemimpin ISMA bersama UMNO Mesir)

ISMA bukan wasatiyyah, tetapi ISMA adalah sampah yang membusukkan wangian harum yang cuba disebarkan di bumi Mesir. Sikap mesra ISMA dengan UMNO boleh dilihat dalam semua penganjuran program-program ISMA yang mendapat sokongan dan tanpa gangguan daripada pegawai E.M.E yang bodoh.
ISMA memang bermusuh dengan PMRAM.PMRAM dilihat bertegas dalam isu agama dan jelas pendirian terhadap salah laku dan kebodohan pegawai di Mesir. Bukti sudah ada di depan mata. ISMA memang balaci UMNO!!
(atas: kenyataan KJ yang sokong ISMA Mesir)
PEMURNIAN
Dalil pertama :
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak yang lain, Kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan lain dengan gelaran buruk. Larangan -larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka amatlah buruknya sebutan nama fasiq kepada seseorang sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim."Surah Al-Hujurat 11.
Dalil kedua :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang, kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaibaan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?Jika demikian mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha mengasihani."Surah Al-Hujuraat ayat 12.

Ramai yang sudah tahu.Malas sebenarnya nak bercakap soal 1. persatuan yamg sudah menjadi balaci dan penyokong tegar UMNO(Fitnah)). Siapa yang tak kenal ISMA? 2. ISMA yang memang cukup mesra dan sopan dengan UMNO(Dengki). Tindakan ISMA tidak pernah dikenakan sebarang tindakan.

3.Penyertaan ISMA dalam BERSIH 2.0(Fitnah) di Mesir tidak dikenakan sebarang tindakan dan ugutan melampau seperti ahli-ahli persatuan lain. 4.ISMA sudah cukup memberi bebanan kepada ISLAM untuk berkembang dengan subur di Malaysia(Fitnah).Bahkan di Mesir mereka juga dilihat lebih suka bermain dengan selamat, apabila dilihat begitu penakut dan kecut untuk menyatakan pendirian yang jelas terhadap isu dan salah laku pegawai yang tegar UMNO.(gambar kanan: Pemimpin ISMA bersama UMNO Mesir)

5.ISMA bukan wasatiyyah, tetapi ISMA adalah sampah yang membusukkan wangian harum yang cuba disebarkan di bumi Mesir. 6.Sikap mesra ISMA dengan UMNO(Dengki)boleh dilihat dalam semua penganjuran program-program ISMA yang mendapat sokongan dan tanpa gangguan daripada 7. pegawai E.M.E yang bodoh(Penghinaan)
8.ISMA memang bermusuh dengan PMRAM(Menghasut).9.PMRAM dilihat bertegas dalam isu agama (Penipuan) dan 10. jelas pendirian terhadap salah laku dan kebodohan pegawai di Mesir(Fitnah). Bukti sudah ada di depan mata. 11.ISMA memang balaci UMNO!!(Fitnah)
12.(atas: kenyataan KJ yang sokong ISMA Mesir)(Dengki)
 Huraian :
1. Persatuan yamg sudah menjadi balaci dan penyokong tegar UMNO(Fitnah Penghinaan)).
ISMA Mesir bukanlah penyokong tegar dan balaci UMNO  dan ini merupakan satu fitnah jika benar datangkan saksi dan buktinya.ISMA merupaka satu persatuan yang menghormati persatuan-persatuan yang wujud di Bumi Mesir dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Semasa Seminar Agenda Umat ISMA Mesir telah menjemput semua ketua-ketua persatuan di Mesir termasuk PMRAM dan SUARA akan tetapi mereka enggan hadir ke Seminar Agenda Umat sebaliknya menaburkan fitnah dan penghinaan kepada ISMA dan Kelab UMNO. Firman Allah di dalam Surah Al-Hujurat Ayat 11 : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak yang lain, Kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan lain dengan gelaran buruk. Larangan -larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka amatlah buruknya sebutan nama fasiq kepada seseorang sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim."
2. ISMA yang memang cukup mesra dan sopan dengan UMNO(Dengki).
Kenyataan ini menunjukkan bahawa mereka tidak suka dan dengki ISMA Mesir beramah mesra dengan Kelab UMNO Mesir. Sedangkan di dalam al-Quran Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13 : "Wahai Manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalandan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya akan keadaan dan amalan kamu."
3. Penyertaan ISMA dalam BERSIH 2.0(Fitnah)
Ini juga merupakan satu fitnah, kerana yang meyertai BERSIH 2.0 hanyalah orang-orang daripada PMRAM & SUARA. ISMA langsung tidak terlibat. Kalau mahukan bukti sila rujuk kepada Kedutaan Malaysia Kaherah Mesir kalau benar ISMA Mesir ada terlibat dalam BERIH 2.0 di Mesir yang ada hanyalah PMRAM dan SUARA yang akhirnya menyebabkan ketua mereka sendiri daripada presiden SUARA di buang dari Pusat Kemuftian Al-Azhar. Bukannya dengan cakap kosong di dalam blog MEDIA Mesir. Kalau berani datangkan bukti anda jika anda daripada kalangan orang-orang yang benar.
4.ISMA sudah cukup memberi bebanan kepada ISLAM untuk berkembang dengan subur di Malaysia(Fitnah)
Bila Masa pula ISMA memberi bebenan kepada ISLAM untuk berkembang di Malaysia. Apa bukti anda????Sedangkan ISMA lah yang paling banyak membantu di dalam menyuburkan ISLAM di Malaysia dan membantu membina jati diri Muslim kepada rakyat Malaysia. Tidak Percaya??? sila layar laman web ISMA http://www.ismaweb.net/v4/ 
dan Wikipedia ini http://en.wikipedia.org/wiki/Ikatan_Siswazah_Muslim_Malaysia . Apa bukti anda bahawa ISMA memberi bebanan kepada ISLAM di Malaysia jika anda dikalangan orang-orang yang benar.
5.ISMA bukan wasatiyyah, tetapi ISMA adalah sampah yang membusukkan wangian harum yang cuba disebarkan di bumi Mesir.
Apa yang anda takrifkan sebagai wasatiyyah, adakah wasatiyyah anda maksudkan adalah dengan cara menghina satu-satu entiti sebagai sampah. Kesan MEDIA MESIR ini wasatiyyah pun tak faham dahlah tak faham menghina pula. Sedih melihat kejahilan Media Mesir ni. Kena belajar banyak lagi ni.Kena belajar akhlak seorang Muslim ni.
6.Sikap mesra ISMA dengan UMNO(Dengki)
Media Mesir ni tidak suka melihat orang bermesra. Sedangkan Allah memerintahkan umat manusia untuk bermesra dan memperbaiki hubungan sesama muslim. Dalilnya surah al-Hujurat ayat 13 : "Wahai Manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya akan keadaan dan amalan kamu."
7. pegawai E.M.E yang bodoh(Penghinaan)
Macam mana pula pegawai EME bodoh. Kalau bodoh taklah beliau dihantarkan ke mesir untuk berkhidmat kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Hairan betul Media Mesir ni, tak tahu menilai orang yang bodoh dengan orang yang bijak kot. Kesian....kesian....
8.ISMA memang bermusuh dengan PMRAM(Menghasut)
Apa bukti ISMA bermusuhan dengan PMRAM????pelik sungguh kenyataan ini....Sila buktikan bahawa ISMA memang bermusuh dengan PMRAM jika anda dikalangan orang-orang yang beriman.Sebab tuduh-menuduh dan laga melagakan ini bukan sifat orang-orang beriman.
9.PMRAM dilihat bertegas dalam isu agama (Penipuan)
PMRAM sahaja ke yang bertegas dalam isu agama, agama apa????Islam atau agama apa???Persatuan-persatuan lain semua bertegas dalam Isu agama Islam. PMRAM pula dikatakan oleh Media Mesir bertegas dalam isu agama???Agama apa???Bahaya ni, JAKIM kena pantau ni. Takut-takut bawa ajaran sesat kat Mesir ni.
10. jelas pendirian terhadap salah laku dan kebodohan pegawai di Mesir(Fitnah).
Hebat PMRAM boleh tahu apa salah laku pegawai kat Mesir pas tu mengelar pegawai di Mesir bodoh pula tu. PMRAM persatuan ni apa sebenarnya???sampai boleh tahu pegawai kat Mesir ni melakukan salah laku dan bodoh????Hairan....
11.ISMA memang balaci UMNO!!(Fitnah)
ISMA memang balaci UMNO????Apa bukti???Kalau setakat gambar semua orang boleh tuduh macam-macam....kesian asyik buat fitnah je....Kalau nak tahu ISMA Balaci UMNO ataupun tak tanyalah ISMA elok-elok bukan main copy gambar pas tu buat fitnah macam-macam....baik Media Mesir buat interview dengan ISMA tanya dorang secara gentleman kalau anda dikalangan orang-orang yang benar.
 12.(atas: kenyataan KJ yang sokong ISMA Mesir)(Dengki)
Memang patut pun KJ sokong ISMA Mesir sebab ISMA Mesir berdaftar di bawah Education Malaysia Egypt.....Bukan macam PMRAM sombong dan ego tak nak berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan EME....bahaya ni, persatuan HARAM, sebab tak berdaftar dengan kedutaann dan EME....semua persatuan dah daftar dengan kedutaan dan EME...PMRAM je yang tak nak daftar...Daftarlah dulu....InsyAllah KJ akan sokong....kesian....tak dapat sokongan dari mana-mana pegawai kat Mesir....tulah siapa suruh tak daftar....
Wallahu'alam....Semoga Allah merahmati kita dan jauhilah segala macam fitnah, hasutan, hasad dengki dan penipuan.....

MALAM APRESIASI KELAB UMNO KAHERAH MESIR



Kelab UMNO Kaherah Mesir telah berjaya melaksanakan program Malam Apresiasi Kelab UMNO Kaherah Mesir pada 6 Febuari 2012. Program ini telah dihadiri oleh TYT Dato' Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti (Duta Besar Malaysia ke Mesir), Pengarah Education Malaysia Egypt, pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah Mesir, pegawai-pegawai Education Malaysia Egypt, pegawai-pegawai rumah negeri dan para ahli kelab UMNO Mesir seramai 120 orang hadir yang datang daripada cawangan Tanta, Mansurah, Iskandariah, Damanhur dan Zagazig bagi menjayakan dan memeriahkan Malam Apresiasi Kelab UMNO Kaherah Mesir.

Malam Aprisiasi Kelab UMNO Kaherah Mesir merupakan program yang julung kali diadakan oleh Kelab UMNO Kaherah Mesir. Program ini penting bagi merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli kelab dan juga hubungan dengan pegawai-pegawai KBMK dan EME. Selain itu, program ini juga bagi menghargai jasa dan usaha yang telah disumbangkan oleh jawatankuasa sesi 2010/2011.



OBJEKTIF
1.      Menghargai usaha dan jasa para penasihat kelab umno dan ahli majlis tertinggi Kelab.
2.      Mengumumkan secara rasmi pertukaran Mantan Pengerusi kepada Pengerusi baru Kelab UMNO Kaherah Mesir.
3.      Merapatakan silaturahim antara ahli-ahli kelab UMNO dengan para pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Education Malaysia Egypt.
4.      Membentangkan program-program yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 dan 2011.
5.      Membentangkan visi dan misi kelab UMNO Kaherah Mesir dan program yang bakal dilaksanakan.
6.      Memberi semangat dan perangsang kepada para jawatan kuasa kelab UMNO Kaherah  Mesir untuk bergerak lebih proaktif pada sesi 2011/2012.

Malam Apresiasi ini bertambah meriah lagi dengan persembahan daripada kumpulan Nasyid Baitul Hasanah yang bertemakan Maulidurasul S.A.W. bersempena bulan kelahiran Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Selepas tamat persembahan nasyid, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan bagi Ahli Majlis Tertinggi Kelab UMNO Kaherah Mesir sesi 2011/2012 yang disampaikan sendiri oleh TYT Dato' Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti (Duta Besar Malaysia ke Mesir). Diikuti dengan penyampaian Anugerah Khas Kelab UMNO Mesir kepada 3 orang penerima iaitu En. Khairi bin Jalalluddin, En. Anwar bin Idris dan Saudara Wan Sherhan bin Wan Ilias. Seterusnya diikuti dengan penganugerahan Pelajar Cemerlang Kelab UMNO Mesir kepada Saudari Nadia Surahman yang merupakan pelajar tahun 1 Kuliah Ulum Islamiah mendapat keputusan MUMTAZ (Cemerlang) di Universiti Al-Azhar. Pada akhirnya, penyerahan tugas secara rasmi oleh saudara Wan Sherhan bin Wan Ilias kepada Ustaz Hafiz bin Datuk Dr Hamzah Al-Hafiz bagi mempengerusikan barisan kepimpinan Kelab UMNO Kaherah Mesir bagi sesi 2011/2012.


Ucapan oleh Ustaz Hafiz bin Datuk Dr Hamzah Al-Hafiz
(Pengerusi Kelab UMNO Kaherah Mesir)

Ucapan oleh Saudara Wan Sherhan bin Wan Ilias
(Mantan Pengerusi Kelab UMNO Kaherah Mesir)

Ucapan oleh TYT Datuk Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti
(Duta Besar Malaysia Ke Mesir)

Persembahan Nasyid daripada Kumplan Nasyid Baitul Hasanah
bertemakan Rasulullah S.A.W.

Gambar sekitar Majlis Malam Apresiasi Kelab UMNO Kaherah Mesir


Meja para pegawai Kedutaan Malaysia Kaherah, Education Malaysia Egypt dan
Pegawai Rumah Negeri


Penyamapaian sijil penghargaan oleh Duta kepada Saudara Wan Sherhan


Para hadirin khusyuk mendengar persembahan nasyid daripada kumpulan Nasyid Baitul Hasanah


Penyamapaian sijil penghargaan oleh Duta kepada Saudara Hafiz


Penyamapaian sijil penghargaan oleh Duta kepada Saudara Anas



Penyamapaian sijil penghargaan oleh Duta kepada saudari Zainib Amirah

 

Penyamapaian sijil penghargaan oleh Duta kepada Saudara Azizul Hafiz

Penyamapaian sijil penghargaan oleh Duta kepada Saudara Muhd Ilham


Penyamapaian sijil penghargaan oleh Duta kepada Saudari Sofiyyah



Penyamapaian sijil penghargaan oleh Duta kepada Saudara Azmie


Penyampaian cabutan bertuah oleh Ustaz Hafiz


Pengacara Majlis Malam Apresiasi


Ustaz Hafiz mengiringi Duta turun daripada pentas

Penyerahan tugas secara rasmi oleh saudara Wan Sherhan kepada Ustaz Hafiz


Sesi pengambaran


Penerima Anugerag Khas Kelab UMNO Mesir Saudara Wan Sherhan


Pamplet Malam Apresiasi

Gambar sekitar Malam Apresiasi


Gambar para hadirin yang hadir pada malam apresiasi


Gambar para hadirin yang hadir pada malam apresiasi


Gambar para hadirin yang hadir pada malam apresiasi
disediakan oleh :
KETUA BIRO KOMUNIKASI & MULTIMEDIA KELAB UMNO KAHERAH MESIR 

PENYERAHAN MEMORANDUM ISU MASALAH MENGECOP VISA PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI IMEGRESEN MADINAH EL-BEHOOS, ABBASIAH KAHERAH


Pengerusi Kelab UMNO Kaherah Mesir Al-Fadhil Ustaz Hafiz bin Datuk Dr Hamzah menyerahkan Memorandum Isu Masalah Mengecop Visa Pelajar di Jawazat Madinah El-Behoos kepada TYT Dato' Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti (Duta Besar Malaysia Ke Mesir) di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah pada  hari Selasa 7 Febuari 2012. Pada pertemuan pengerusi dengan Dato' Dr Fakhrudin bin Abdul Mukti di pejabat beliau telah membincangkan mengenai permasalahan berikut :

2.1 MASALAH JADUAL GILIRAN MENGECOP VISA DI IMEGRESEN MADINAH      El–BEHOOS ABBASIAH
Kebanjiran para pelajar yang mengikuti pengajian Islam dan pengajian perubatan di Universiti Al-Azhar cawangan Kahaerah amat ketara,lebih-lebih lagi apabila dua tahun lepas pihak Universiti Al Azhar mengeluarkan peraturan baru dengan tidak lagi menempatkan para pelajar asing di kawasan muhafazah. Masalah untuk mendapatkan visa manjadi masalah yang utama kepada semua para pelajar Malaysia yang bermastautin di kaherah. Hal ini kerana, pelajar Malaysia hanya di benarkan untuk berurusan pada hari sabtu sahaja dan pada hari itu juga turut di kongsi oleh pelajar Indonesia. Padahal para pelajar Indonesia mempunyai 2 hari untuk berurusan, sedangkan pelajar Malaysia hanya mempunyai satu hari untuk berurusan mengecop visa. Jika di buat kiraan jumlah pelajar Indonesia dan pelajar Malaysia yang berada di Kaherah mempunyai bilangan yang sama. Masalah ini menunjukkan pihak Imegresen Mesir berat sebelah dalam menangani masalah pelajar Malaysia untuk mendapatkan visa.
2.2  SISTEM PENGURUSAN IMEGRESEN MESIR AGAK SUKAR DAN TIDAK CEKAP.
Untuk makluman pihak Datuk, Setelah berlakunya revolusi kebangkitan rakyat Mesir segala urusan yang bersangkutan mengenai visa telah bertukar menjadi sukar di Imegresen Madinah El-Behoos, lebih-lebih lagi apabila mereka telah mengeluarkan peraturan dengan menetapkan akhir bulan Disember sebagai tarikh bulan terakhir tamat visa untuk semua pelajar asing. Hal ini amat menyusahkan para pelajar, kerana pada bulan Disember hampir keseluruhan pelajar Malaysia sedang sibuk mengulang kaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan. Keadaan bertambah merumitkan apabila para pelajar terpaksa berhadapan dengan  para pekerja yang bertugas di pusat imegresen yang tidak berdisplin dan tidak bersungguh  dalam melaksanakan tugas, keadaan ini  membuatkan para pelajar Malaysia semakin susah untuk mendapatkan cop visa. Hal ini dapat di buktikan apabila pada hari sabtu iaitu hari berurusan mengecop visa, petugas di situ lebih mementingkan untuk mengecop passport pelajar Indonisia daripada untuk mengecop papsport pelajar Malaysia. Padahal  petugas di situ sudah mengetahui yang pelajar  Indonesia mempunyai dua hari untuk berurusan tetapi mereka tetap mendahului urusan para pelajar Indonesia dan mengenepikan urusan pelajar Malaysia. Keadaan ini kadang-kadang hampir berlaku pergaduhan di kalangan pelajar Malaysia dan Indonesia. Akibat daripada keadaan tersebut  para pelajar Malaysia sanggup keluar awal daripada pukul 9.00 malam dan menunggu sehingga pukul sehingga pukul 4.00 petang, semata-mata untuk berurusan di imegresen ini. Untuk makluman pihak tuan , kami daripada pihak Kelab UMNO Kaherah Mesir mengambil langkah serius tentang perkara ini dengan membuat bancian, hasil daripada bancian tersebut rata-ratanya para pelajar Malaysia masih belum mempunyai  visa.

Manakala Resolusi yang dicadangkan kepada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah adalah seperti berikut :
3. RESOLUSI & CADANGAN
3.1 MENETAPKAN HARI KHAS UNTUK URUSAN PELAJAR MALAYSIA
Bagi menanggani kemaslahatan yang dialami oleh pelajar Malaysia dalam menanggani masalah  pengurusan visa, kami daripada Ahli Majlis Tertinggi Kelab UMNO Kaherah Mesir mencadangkan agar pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dapat berbincang dengan pihak imegresan Madinah El-Behoos Abbasiah agar menetap satu hari khas untuk pelajar Malaysia untuk berurusan tanpa dikongsi oleh pelajar daripada Negara lain.
3.2 MEMBUAT SATU TEMPAT KHAS UNTUK URUSAN VISA PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA
Kami daripada pihak Kelab UMNO Kaherah Mesir turut mencadangkan agar pihak Tuan sekiranya dapat berbincang dengan pihak pengurusan imegreesen Mesir supaya membuka satu pejabat urusan visa khas untuk pelajar Malaysia di Hayyu asyir ataupun di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
Akhirnya, hasil perbincangan pengerusi dengan Dato' Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti (Duta Besar Malaysia Ke Mesir), Duta bersetuju untuk mengambil langkah untuk menyelesaikan Masalah tersebut dengan menghantar surat rasmi kepada Universiti Al-Azhar untuk membantu menyelesaikan masalah mengecop Visa pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar Kaherah. Antara penyelesaian yang dipersetujui, akan ada hari khas buat pelajar-pelajar Malaysia sahaja untuk mengecop visa dengan tidak melibatkan pelajar-pelajar Indonesia dan pelajar-pelajar Negara-negara Asia. Selain itu juga, Dato' Dr Mohd Fakrudin bin Abdul Mukti amat prihatin dengan keadaan pelajar-pelajar Malaysia yang mengalami tekanan dalam mendapatkan cop visa dan beliau mengatakan pada perjumpaan tersebut beliau sendiri akan turun ke Jawazat Madinah  El-Behoos untuk berjumpa dengan para pelajar pada hari sabtu ini, InsyAllah.

disediakan oleh :
KETUA PENERANGAN KELAB UMNO KAHERAH MESIR 

PROGRAM BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA EXAM SEMESTER PERTAMA


Banner Program

Program bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana ini merupakan program yang sentiasa akan dianjurkan oleh para mahasiswa Malaysia di Mesir apabila tibanya musim peperiksaan. Program ini telah diadakan di Surau Rumah Negeri Melaka Hayyu Sabi'e pada 5 Januari 2012. Program ini merupakan program pertama Kelab UMNO Kaherah Mesir bagi tahun 2012, program ini merupakan anjuran bersama antara Kelab UMNO Kaherah Mesir dengan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka. Di samping itu, pegawai rumah negeri Melaka Al-Fadhil Ustaz Muhd Anwar bin Idris. Bermula dengan Solat Maghrib secara berjemaah diikuti dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Pengerusi Kelab UMNO Kaherah Mesir Al-Fadhil Ustaz Hafiz bin Datuk Dr Hamzah Al-Hafiz. Selepas itu, diikuti dengan solat Isyak secara berjemaah dan diikuti dengan solat Hajat sebanyak 2 Rakaat. Akhirnya diikuti dengan jamuan ataupun makan malam. Program ini telah berjaya dijalankan dengan kerjasama antara Kelab UMNO Kaherah Mesir dan Ikatan Anak Melaka.

GAMBAR SEKITAR PROGRAM BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT PERDANA


Ustaz Muhd Anwar memberi penjelasan mengenai program dan memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada para mahasiswa dalam menghadapi peperiksaan semester pertama
sebelum bermulanya bacaan Yaasin


Al-Fadhil Ustaz Hafiz bin Datuk Dr Hamzah AL-Hafiz memimpin bacaan Yaasin dan Tahlil


Para Mahasiswa membaca Yaasin secara berjemaah dengan dipimpin oleh Ustaz Hafiz



Ustaz Hafiz memimpin selawat sambil bersalam-salaman dengan para jemaah bagi mengakhiri program bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana

Ustaz Hafiz memimpin selawat sambil bersalam-salaman dengan para jemaah bagi mengakhiri program bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana


Para jemaah bersalam-salaman


Menjamu selera dengan para VIP dan Mahasiswa


BIRO MEDIA DAN KOMUNIKASI KELAB UMNO KAHERAH MESIR

MUHASABAH......DEMONSTRASI MAHASISWA UPSI, WAJARKAH? MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.
Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.
smm protest in sultan idris university 010112 safwan anangDakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.
Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.
Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.
Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.


HURAIAN :

DEMONSTRASI
Tunjuk perasaan atau demonstrasi adalah perbuatan yang bertentangan dengan syariat Allah Azza wa-Jalla. Ia pada hakikatnya telah dipelopori oleh individu-individu yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Timbulnya semangat dan bahang untuk berdemontrasi kerana ada pencetus yang menghasut.

Walaupun demonstrasi dianggap sebagai ungkapan hati nurani rakyat yang terjadi di semua negara termasuk negara Islam, namun ia tidak dapat diterima oleh hati nurani yang sihat dan beriman. Kerana pada kebiasaanya demonstrasi didalangi oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk mencapai rancangan atau konspirasi mereka.

Demonstrasi hanya dipertahankan dan didukung mati-matian sehingga dianggap sebagai jihad oleh mereka yang jahil terhadap syariat dan agamanya.

Para a’immah as-salaf as-Soleh (para imam/ulama kurun terawal) telah mengharamkan perbuatan demonstrasi yang terkutuk ini, kerana ia menganggu ketentaraman awam malah mencemarkan nama dan dakwah Islam yang sewajarnya dijalankan dengan hikmah. Oleh itu, demonstrasi adalah merupakan suatu bid’ah yang sesat yang wajib dijauhi oleh setiap orang yang beriman kepada Allah dan kesucian agama Islam.

DEMONSTRASI PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM

Setelah timbulnya pemikiran dan firqah Khawarij sehingga terjadinya pemberontakan serta kejadian terbunuhnya Uthman bin ‘Affan radiallahu ‘anhu, ia sangat erat hubungannya dengan demonstrasi. Kronologis kisah terbunuhnya Uthman radhiyallahu ‘anhu, ia dirancang oleh golongan Khawarij, dengannya bermula tersebarnya isu-isu fitnah yang dilontarkan kepada Khalifah Uthman yang ditaja dan disebarkan di kalangan kaum muslimin oleh seorang pendita Yahudi bernama Abdullah bin Saba’.

Abdullah bin Saba’ berpura-pura masuk Islam (secara nifak) untuk menipu dan memerangkap umat Islam dalam segala bentuk fitnah. Sememangnya Yahudi amat memusuhi agama Islam dan kaum muslimin. Sikap Yahudi telah dikhabarkan oleh Allah Azza wa-Jalla melalui firmanNya:

لَتَجِدَنَّ اَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِيْنَ آمَنُوا الْيَهُوْدُ وَالَّذِيْنَ اَشْرَكُوْا.

“Nescaya engkau akan dapati orang yang paling memusuhi (murka) kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin.” (Surah al-Maidah, 5: 82)

Permusuhan kaum Yahudi bermula sejak berkembangnya Islam, seperti mengkhianati perjanjian mereka terhadap Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, merendahkan kaum muslimin, mencerca ajaran Islam dan banyak lagi makar-makar (tipu helah) busuk mereka. Namun setelah Islam kuat, tersingkirlah mereka dari Madinah. (Lihat: Sirah Ibnu Hisyam, juz 3. Hal. 191-199)

Pada zaman Abu Bakar dan Umar radiyallahu ‘anhuma, suara orang-orang Yahudi hampir hilang, bahkan Umar mengusir mereka dari Jazirah Arab sebagai merealisasikan perintah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa-salam yang pernah bersabda:

لاُخْرِجَنَّ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى مِنْ جَزِيْرَةِ الْعَرَبِ حَتَّى لاَ اَدَعَ فِيْهَا اِلاَّ مُسْلِمًا.

“Sungguh akan aku keluarkan orang-orang Yahudi dan Nasara dari Jazirah Arab sehingga aku tidak sisakan (tinggalkan) padanya kecuali orang muslim. Juga sabda baginda: “keluarkanlah orang-orang musyrikin dari Jazirah Arab!”. (H/R. Bukhari)

Di tahun-tahun terakhir kekhalifahan Uthman radiyallahu ‘anhu, di waktu kondisi masyarakat mulai heterogen (kemasukan berbagai bangsa), banyak mualaf dan orang awam yang masih belum mendalam keimanan dan ilmunya, maka orang-orang Yahudi mula mengambil kesempatan untuk menyebarkan fitnah. Mereka berpenampilan sebagai muslim (tetapi secara nifak), antara mereka adalah Abdullah bin Saba’ yang diberi julukan Ibnu Sauda.

Abdullah bin Saba’ berasal dari Shan’a. Dialah yang menaburkan benih-benih fitnah di kalangan kaum muslimin agar mereka iri hati dan benci kepada Uthman radiyallahu ‘anhu. Sedangkan inti dari apa yang dia bawa adalah pemikiran-pemikiran peribadinya yang bernafaskan Yahudi. Contohnya adalah kiasnya yang batil tentang kewalian Ali radiyallahu ‘anhu. Dia berkata:

“Sesungguhnya telah ada seribu nabi dan setiap nabi mempunyai wali. Sedangkan Ali adalah walinya Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Kemudian dia berkata dan terus menabur fitnah:

“Muhammad adalah penutup para nabi sedangkan Ali adalah penutup para wali.”

Tatkala tertanam pemikiran ini dalam jiwa para pengikutnya, mulailah dia menerapkan tujuan utamanya iaitu melakukan pemberontakan terhadap kekhalifahan Uthman bin ‘Affan radiyallahu ‘anhu. Maka dia melemparkan pernyataan pada masyarakat yang bunyinya:

“Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang tidak layak mendapatkan wasiat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam (kewalian rasul), kemudian dia melampaui wali Rasulullah (iaitu Ali) dan merampas urusan umat (pemerintahan)!”

Setelah itu dia (Abdullah bin Saba’) terus mengeluarkan pembohongan (fitnah):

“Sesungguhnya Uthman mengambil kewalian (pemerintahan) yang bukan haknya, sedang wali Rasulullah ini (Ali) ada (di kalangan kamu). Maka bangkitlah kamu dan bergeraklah. Mulailah untuk mencerca pegawai kamu, nampakkan amar makruf nahi mungkar. Nescaya manusia serentak bangun dan ajaklah mereka kepada perkara ini.” (Lihat: Tarikh ar-Rasul juz. 4 hal. 340 ath-Thabari melalui Mawaqif..)

Amar makruf nahi mungkar ala Sabaiyah ini sama modelnya dengan amar makruf menurut Khawarij, iaitu keluar dari pemerintahan kemudian memberontak, memperingatkan kesalahan pemerintahan di atas mimbar-mimbar, forum-forum awam dan demonstrasi-demonstrasi yang semua ini mengakibatkan timbulnya fitnah. Masalah pun bukan semakin reda, bahkan tambah menyala-nyala. Fakta sejarah telah membuktikan hal ini. Amar makruf nahi mungkar ala Sabaiyah dan Khawarij ini mengakibatkan terbunuhnya Khalifah Uthman bin ‘Affan radiyallahu ‘anhu. Peperangan sesama kaum muslimin dan terbukanya pintu fitnah berterusan dari zaman Khalifah Uthman sampai kezaman kekhalifahan Ali bin Abi Talib radiyallahu ‘anhu. (Lihat: Tahqiq Mawaqif ash-Syahabati fil Fitnati min Riwayat al-Imam ath-Thabari wal Muhaddisin juz 2 hal 342)

Sebenarnya amar makruf nahi mungkar yang mereka gembar-gemborkan hanyalah sebagai label dan perisai belaka tiada keikhlasan padanya. Buktinya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepada Uthman:

“Hai Uthman! Nanti sepeninggalanku Allah akan memakaikan pakaian padamu. Jika orang-orang ingin mencelakakanmu pada waktu malam (di riwayat lain): Orang-orang munafiq ingin melepaskannya, maka jangan engkau lepaskan. (Beliau mengucapkannya tiga kali).” (H/R. Ahmad dalam Musnad juz 6 hal 75. at-Tirmizi di dalam Sunan-nya dan disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Sunan at-Turmizi)

Syeikh Muhammad Amhazurn berkomentar: “Hadis ini menunjukkan dengan jelas bahawa orang Khawarij tidaklah menuntut keadilan dan kebenaran, akan tetapi mereka adalah kaum yang dihinggapi penyakit nifaq sehingga mereka bersembunyi di balik tabir syiar perdamaian dan amar makruf nahi mungkar. Tidak diketahui di satu zaman pun adanya suatu jamaah atau kelompok yang lebih berbahaya bagi agama Islam dan kaum muslimin daripada orang-orang munafiq.”

Inilah hakikat amar makruf nahi mungkar kaum Sabaiyah dan Khawarij. Alangkah serupanya kejadian dulu dan sekarang!

Di zaman ini ternyata ada Khawarij gaya baru, iaitu orang-orang yang mempunyai pemikiran khawarij. Mereka menjadikan demonstrasi, tunjuk perasaan dan sebagai alat dan metod dakwah serta jihad. Di antara tokoh-tokoh mereka adalah Abdul Rahman Abdul Khaliq (seorang pendukung gerakan Ikhwanul Muslimin), pengikut dan yang sefahaman dengannya yang mengatakan (dalam al-Fusul minas Siyasah asy-Syariyah): “Termasuklah metod atau cara Nabi salallahu ‘alaihi wa-sallam dalam berdakwah adalah demonstrasi atau tunjuk perasaan.”

Sebelum membongkar kebatilan ucapan Abdul Rahman Abdul Khaliq ini dan kesesatan manhaj Khawarij dalam beramar makruf nahi mungkar kepada pemerintah, marilah kita pelajari dan fahami manhaj Salaf as Soleh dalam perkara ini.

Manhaj Salaf as-Soleh (Golongan Soleh Kurun Terawal) Beramar Makruf Nahi Mungkar Kepada Pemerintah

Allah adalah Tuhan yang Maha Adil. Dia akan memberikan kepada orang-orang yang beriman seorang pemimpin yang arif dan bijaksana. Sebaliknya dia akan menjadikan bagi rakyat yang derhaka seorang pemimpin yang zalim. Maka jika terjadi pada suatu masyarakat seorang pemimpin yang zalim, sesungguhnya kezaliman tersebut dimulai dari rakyatnya. Meskipun demikian apabila rakyat dipimpin oleh seorang penguasa yang melakukan kemaksiatan dan penyelisihan/penentangan (terhadap syariat) yang tidak mengakibatkan ia kufur dan terkeluar dari Islam, maka tetap wajib bagi rakyat untuk menasihati dengan cara yang sesuai dengan syariat. Bukan dengan ucapan yang kasar lalu dilemparkan di tempat-tempat umum (khalayak ramai), apatah lagi mengkhabarkan dan membuka aib pemerintah, yang semua ini dapat menimbulkan fitnah yang lebih besar lagi dari permasalahan yang mereka tuntut.

Adapun dasar memberikan nasihat kepada pemerintah dengan sembunyi-sembunyi adalah hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Barangsiapa yang ingin menasihati pemerintah dengan suatu perkara; Maka janganlah ia paparkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia mengambil tangan penguasa dengan empat mata. Jika ia menerima, maka itu (yang diinginkan) dan kalau tidak, maka sungguh dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia dan pahala baginya (orang yang menasihati).”

Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad al-Khaitysami dalam al-Majma’, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah. Hadis ini banyak yang meriwayatkannya sehingga kedudukannya sahih bukan hasan, apalagi dhaif sebagaimana sebahagian ulama menyatakannya. Demikian keterangan Syeikh Abdullah bin Barjas bin Nashir Ali Abdul Karim. (Lihat: Muamalatul Hukam fi Dhauil Kitab was-Sunnah, hlm. 54)

Dan Syeikh al-Albani mensahihkannya dalam Dilalul Jannah fi Takhriji Sunnah. Hadis ini adalah pokok dasar dalam menasihati pemerintah. Orang yang menasihati jika sudah melaksanakan cara ini, maka dia telah berlepas diri (dari dosa) dan pertanggungan jawaban. Demikian dijelaskan oleh Syeikh Abdus Salam bin Barjas.

Bertolak dari hadis yang agung ini, para ulama salaf berkata dan bertindak sesuai dengan kandungan hadis ini. Antara mereka adalah Imam asy-Syaukani rahimahullah yang berkata:

“Bagi orang-orang yang ingin menasihati imam (pemimpin) dalam beberapa masalah (lantaran pemimpin itu telah berbuat salah), seharusnya ia tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk di hadapan khalayak ramai. Tetapi sebagaimana dalam hadis di atas, bahawa seorang tadi mengambil tangan imam dan berbicara empat mata dengannya, kemudian menasihatinya tanpa merendahkan penguasa Allah”.

Kami telah menyebutkan pada awal kitab as-Sir:

“Bahawasanya tidak boleh memberontak terhadap pemimpin walaupun kezalimannya sehingga puncak kezaliman apapun, selama mereka menegakkan solat dan tidak terlihat kekufuran yang nyata dari mereka”.

Hadis-hadis dalam masalah ini mutawatir, akan tetapi wajib atas rakyat mentaati imam (pemimpin) dalam ketaatan kepada Allah dan tidak mentaatinya dalam maksiat kepada Allah. Kerana sesungguhnya menurut hadis sahih:

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (as-Sailul Jarar)

Imam at-Tirmizi membawakan sanadnya sampai kepada Ziyad bin Kusaib al-Adawi. Beliau berkata:

“Aku di samping Abu Bakrah, berada di bawah mimbar Ibnu Amir. Sementara itu Ibnu Amir sedang berkhutbah dengan mengenakan pakaian nipis. Maka Abu Bilal berkata: Lihatlah pemimpin kita, dia memakai pakaian orang fasik. Lantas Abu Bakrah berkata: Diam kamu! Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa yang menghina (merendahkan) penguasa yang ditunjuk Allah di muka bumi, maka Allah akan menghinakannya.” (Sunnan at-Turmizi No. 2224)

Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah menjelaskan tata cara menasihati seorang pemimpin sebagaimana yang dikatakan oleh Imam asy-Syaukani rahimahullah sampai pada perkataannya:

“…Sesungguhnya sesiapa yang menentang pemimpin dalam perkara yang bukan prinsip dalam agama dengan terang-terangan dan mengingkarinya di perkumpulan-perkumpulan masjid, tempat-tempat kajian (tempat berucap/kuliah) dan sebagainya, itu semua sama sekali bukan tata cara menasihati. Oleh kerana itu, jangan engkau tertipu dengan orang yang melakukannya, walaupun timbul dari niat yang baik. Hal ini menyalahi cara Salaf as-Soleh yang harus diikuti. Semoga Allah memberi hidayah padamu.” (Maqasidul Islam. Hlm. 395).

Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid, bahawasanya beliau ditanya: “Mengapa engkau tidak menghadap Uthman untuk menasihatinya?” Maka jawab beliau:

“Apakah kamu berpendapat semua nasihatku kepadanya itu harus diperdengarkan kepada kamu? Demi Allah! Sesungguhnya aku telah menasihatinya hanya antara aku dan dia. Dan aku tidak ingin menjadi orang pertama yang membuka pintu (fitnah) ini." (H/R. Bukhari)

Syeikh al-Albani mengomentari riwayat ini dengan ucapannya:

“Yang beliau (Usamah bin Zaid) maksudkan adalah (tidak melakukannya - pent.) terang-terangan di hadapan khalayak ramai dalam mengingkari pemerintah. Kerana pengingkaran terang-terangan boleh berakibat yang sangat membimbangkan. Sebagaimana pengingkaran secara terang-terangan kepada Uthman mengakibatkan kematian beliau.”

Demikian metod atau manhaj Salaf as-Soleh dalam amar makruf nahi mungkar kepada pemerintah atau yang mempunyai kekuasaan. Dengan demikian batallah manhaj Khawarij yang mengatakan bahawa demonstrasi termasuk suatu cara untuk berdakwah, sebagaimana yang diangap oleh Abdul Rahman Abdul Khaliq dan yang sefahaman dengannya.

Manhaj Khawarij ini menjadi salah satu sebab kejinya sifat orang-orang khawarij. Sebagaimana dalam riwayat Said Bin Jahman radiyallahu ‘anhu beliau berkata:

“Aku datang kepada Abdullah bin Abu Aufa, beliau matanya buta, aku mengucapkan salam. Beliau bertanya kepadaku: Siapa engkau? Said bin Jahman, jawabku. Beliau bertanya: Kenapa ayahmu? Aku katakan: Al-Azariqah telah membunuhnya. Beliau berkata: Semoga Allah melaknat al-Azariqah, semoga Allah melaknat al-Azariqah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan bahawa mereka anjing-anjing neraka. Aku bertanya: (Yang dilaknat sebagai anjing-anjing neraka) al-Azariqah sahaja atau Khawarij semuanya? Aku katakan: Beliau menjawab: Ya! Khawarij semuanya. Aku katakan: Tetapi sesungguhnya pemerintah (telah) berbuat kezaliman kepada rakyatnya? Maka beliau mengambil tanganku dan memegang dengan sangat kuat, kemudian berkata: Celaka engkau wahai Ibnu Jahman! Wajib atasmu berpegang dengan sawadul a’dham, wajib atasmu untuk berpegang dengan sawadul a’dham. Jika kau ingin pemerintah mahu mendengar nasihatmu, maka datangilah dan khabarkan apa yang engkau ketahui. Itu kalau dia menerima, kalau tidak, tinggalkan! Sesungguhnya engkau tidak lebih tahu darinya.” (H/R. Ahmad)

Dan masih banyak lagi hadis-hadis mengenai celaan Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam terhadap orang-orang Khawarij sebagai anjing-anjing neraka, kerana perbuatan mereka sebagaimana yang telah dijelaskan di atas.

Oleh kerana itu, bagi seorang muslim yang masih mempunyai akal yang sihat, tidak mungkin dia akan rela dirinya terjatuh pada jurang kenistaan seperti yang digambarkan oleh Rasulullah sallallahua ‘alaihi wa sallam (sebagai anjing neraka) terhadap Khawarij. Maka wajib bagi kita apabila hendak menasihati pemerintah, hendaklah dengan metod salaf yang jelas menghasilkan akibat yang lebih baik dan tidak menimbulkan perpecahan antara rakyat (sebagaimana akibat mengadakan demonstrasi) dengan pihak pemerintah yang akhirnya akan membawa kepada kerugian dikedua-dua belah pihak.

Berdemonstrasi Menyerupai Orang-Orang Kafir

Adalah sangat dikesalkan di mana para pen-demonstrasi ini adalah dari aktivis-aktivis Islam. Tetapi mengapa mereka melakukan hal ini? Mana ciri-ciri Islam mereka? Atas dasar apa mereka melakukannya? Apakah berdasarkan syubhat (kekaburan/kecelaruan pemahaman)? Atau mereka (penunjuk perasaan) yang beragama Islam tidak sedar bahawa mereka telah melakukan perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam junjungan mereka, kerana perbuatan tersebut menyerupai orang-orang kafir. Baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengkhabarkan:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka mereka termasuk kaum tersebut.”

Perbuatan demonstrasi ini adalah termasuk bentuk tasyabbuh terhadap orang kafir. Telah diterangkan oleh Syeikh al-Albani rahimahullah tatkala seorang bertanya kepada beliau yang pertanyaannya berbunyi demikian:

“Apa hukumnya demonstrasi/tunjuk perasaan, misalnya para remaja lelaki ataupun perempuan keluar ke jalan-jalan? Beliau bertanya: Para perempuan juga? Penanya menjawab: Benar! Sungguh ini benar telah terjadi. Syeikh berkata: Masya Allah. Penanya berkata: Mereka keluar ke jalan-jalan dalam rangka menentang sebahagian permasalahan yang dituntut atau diperintahkan oleh orang yang mereka anggap taghut-taghut atau apa yang mereka tuntut dari parti-parti politik yang bertentangan dengan mereka. Apa hukumnya perbuatan ini? Syeikh menjawab: Aku katakan –wabillahi taufiq- jawaban dari soalan ini termasuk pada kaedah dalam sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang dikeluarkan oleh Abu Daud di dalam Sunnannya. Rasulullah sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda:

“Aku diutus dengan pedang diketika hampirnya Hari Kiamat sehinggalah hanya Allah-lah yang disembah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan Allah menjadikan rezekiku di bawah naungan tombak, dijadikan kerendahan dan kekerdilan atas orang yang menentang pemerintah. Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk kaum mereka.”

Yang dijadikan dalil dari ucapan beliau sallallahu ‘alaihi wa-sallam ini adalah perkataan:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk kaum mereka.”

Maka tasyabbuh (penyerupaan) seorang muslim kepada seorang kafir tidak pernah dibolehkan dalam Islam. Tasyabbuh kepada seorang kafir ada beberapa tingkatan dari segi hukum. Yang tertinggi adalah haram dan yang terendah adalah makruh. Permasalahan ini sudah diterangkan secara terperinci oleh Syeikhul Islam (Ibn Taimiyah rahimahullah) di dalam kitabnya yang agung, Iqtida’ Siratal Mustaqim, Mukha lafata Ashabil Jahim secara terperinci dan tidak didapati selain dari beliau rahimahullah. Dalam perkara ini perlu juga diperingatkan bahawa sewajarnya talibul ilmi (pencinta ilmu) memperhatikannya agar tidak menyangka bahawa hanya tasyabbuh saja yang dilarang oleh syariat.

Ada perkara lain yang lebih tersamar iaitu perintah untuk tidak menyerupai orang-orang kafir. Tasyabbuh kepada orang-orang kafir adalah menjalankan kesukaan mereka. Adapun menyelisihi orang-orang kafir adalah engkau bermaksud tidak menyerupai (meniru) mereka pada apa yang kita dan mereka mengerjakannya tetapi mereka tidak merubahnya. Seperti sesuatu yang ditetapkan dengan ketetapan yang amali, maka ini adalah ketetapan amali yang tidak berbeza antara muslim dengan kafir kerana sesungguhnya pada ketetapan ini tidak ada usaha dan kehendak dari makhluk. Kerana yang demikian adalah sunnahtullah Tabaraka wa Ta’ala kepada manusia dan tidak akan didapati sunnahtullah itu berubah. Sebagaimana telah sahih dari sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani tidak menyamir (mencelup) rambut-rambut mereka, maka selisihi mereka (2X).”

Sesungguhnya dalam hal ini seorang mukmin mungkin menyerupai orang kafir dalam hal uban. Dan ini tidak ada perbezaannya. Kamu tidak akan menemukan seorang muslim yang tidak beruban kecuali sangat sedikit sekali. Ada kesamaan di sini pada penampilan antara muslim dan kafir yang sama-sama keduanya tidak boleh memiliki/mengatur sebagaimana yang kami katakan tadi. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memerintahkan untuk tidak menyerupai kaum musyrikin, iaitu dengan mencelup uban di rambut kita, iaitu sama saja rambut, janggut atau kepala. Untuk apa? Agar dengan celupan tersebut nampak perbezaan antara muslim dan kafir. Maka apa tujuannya kalau apabila seorang kafir mengerjakan suatu amalan, lalu seorang muslim ikut melakukannya dan terpengaruh dengan perbuatan-perbuatan mereka? Ini kesalahan yang lebih parah daripada penyelisih.

Dalam masalah ini, saya (Muhammad Nashiruddin al-Albani) memperingatkannya sebelum memasuki perbahasan dalam menerangkan jawapan yang ditujukan pada saya. Jika telah diketahui perbezaan di antara tasyabbuh dengan penyelisihan, maka seorang muslim yang benar ke-Islamannya hendaklah terus menerus berusaha menjauhi tasyabbuh dengan orang kafir. Sebaliknya harus berusaha menyelisihi mereka.

Dengan alasan inilah kami mensunnahkan (membiasakan) meletakkan jam tangan di tangan kanan, kerana mereka yang pertama kali membuat jam tangan memakai di tangan kiri.

Kami mengambil istinbath demikian berdasar ucapan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: “Maka selisihilah mereka.” Kamu mengetahui hadis ini, “Bahawa Yahudi dan Nasara tidak mencelup rambut (uban) mereka, maka selisihilah mereka.” Sebagaimana yang diucapkan Syeikhul Islam dalam kitab tersebut (iktida).

Ucapan Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam: “Maka selisihilah mereka” merupakan hujjah yang mengisyaratkan penyelisihan terhadap orang-orang kafir sebagaimana yang dikehendaki oleh as-Sami’ul ‘Alim (Allah Subhanahu wa Ta’ala) dan direalisasikan dalam kehidupan seharian. Oleh kerana itu, kami mendapati praktik penyelisihan dalam amalan dan hukum-ahkam bukan termasuk wajib. Seperti makan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam atau, “Solatlah kamu di atas sandal-sandal kamu, Selisihilah Yahudi (2X).”

Maka dengan ini diketahui bahawa solat memakai sandal bukan fardhu. Berbeza dengan memanjangkan janggut, kerana orang yang mencukurnya akan mendapat dosa. Adapun solat dengan bersandal itu adalah perkara yang sunnah (Mustahab). Namun apabila seorang muslim terus menerus tidak memakai sandal ketika solat, justeru telah menyelisihi sunnah dan bukan menyelisihi Yahudi.

Ada suatu hal yang perlu diperhatikan di sini sebagaimana dalam riwayat sikap tawadhu’ Ibnu Mas’oud ketika beliau mempersilakan Abu Musa al-Asyari mengimani solat waktu itu. Pada hal kedudukan Ibnu Mas’oud lebih utama dari Abu Musa radyiallahu anhu. Pada waktu itu Abu Musa al-Asyari melepaskan sandalnya, dan segera ditegur dengan keras oleh Ibnu Mas’oud: “Bukankah ini perbuatan orang-orang Yahudi? Apakah kau menganggap dirimu ada di lembah Tursina yang disucikan?” Ucapan Ibnu Mas’oud ini menegaskan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: “Solatlah di atas sandal kamu dan selisihilah Yahudi!”.

Apabila dua hakikat ini telah difahami, iaitu (larangan) tasyabbuh dan (perintah) menyelisihi kaum musyrikin, maka wajib bagi kita untuk menjauhi setiap perilaku kesyirikan dan segala bentuk kekufuran.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Sesungguhnya kamu benar-benar akan mengikuti jalan-jalan yang ditempuh oleh orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan kalaupun mereka menyusuri atau masuk ke lubang biawak nescaya kamu pun akan memasukinya.”

Berita dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam ini mengandungi peringatan bagi umat ini. Namun di samping itu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam juga mengatakan dalam hadis mutawatir.

“Akan selalu ada dari umatku suatu kelompok yang menampakkan al-haq. Tidak membahayakan mereka orang yang menyelisihi mereka sampai datang hari kiamat.”

Jadi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam itu telah memberikan khabar gembira dalam hadis sahih ini bahawasanya umat ini terus dalam keadaan baik. Tatkala datang berita ini, iaitu: “Sungguh kamu akan mengikuti jalan-jalan sebelum kamu.” Maka apabila mencontohi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam merubah keadaan masyarakat, maka tidak ada dalam aturan Islam merubah keadaan masyarakat dengan cara bergerombol-gerombol, berteriak-teriak melalui demonstrasi (tunjuk perasaan).

Islam mengajarkan ketenangan, antaranya dengan mengajarkan ilmu di kalangan kaum muslimin serta mendidik mereka di atas syariat Islam sehingga membuahkan hasil yang benar, walaupun memerlukan tempoh waktu yang sangat panjang.

Dengan ini saya (Muhammad Nashiruddin al-Albani) katakan dengan ringkas, demostrasi atau tunjuk perasaan yang terjadi di sebahagian negara Islam pada hakikatnya adalah penyimpangan dari jalan kaum mukminin dan tasyabbuh (menyerupai) golongan kafir. Sungguh Allah telah berfirman (yang ertinya):

“Barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam neraka Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (An-Nisa’ 4: 115)

Si penanya bertanya lagi: Mereka (para penunjuk perasaan) berdalih dengan dalil Sirah (sejarah Nabi), bahawasanya setelah Umar radhiallahu ‘anhu masuk Islam, kaum muslimin (serentak keluar). Umar pada suatu barisan sedang Hamzah di barisan lain. Maka mereka (yang pro demonstrasi) mengatakan tunjuk perasaan ini untuk mengingkari taghut-taghut dan orang-orang kafir Quraisy. Bagaimanakah jawapan anda dengan dalil semacam ini?”

Syeikh menjawab: Jawapan terhadap pendalilan seperti itu adalah: Berapa kali aksi demonstrasi ini terjadi pada masyarakat Islam (dulu)? Hanya satu kali. Padahal Sirah termasuk sunnah yang diikuti. Menurut ulama fekah, mereka mengatakan kalau sudah nyata dari Rasul sallallahu ‘alaihi wa-sallam sesuatu ibadah yang disyariatkan, maka akan diberi pahala orang yang melakukannya. Dan dalam pelaksanaannya pun tidak boleh terus menerus tanpa putus kerana dikhuatirkan menyerupai perkara wajib dengan sebab lamanya waktu.

Kebanyakan manusia (menurut adat mereka) kalau ada salah satu muslim meninggalkan sunnah seperti ini, nescaya akan diingkari dengan keras. Demikian menurut para ahli fekah. Maka bagaimana kalau ada suatu peristiwa yang sekilas terjadi pada waktu tertentu seperti disebutkan di dalam sirah di atas, kemudian dijadikan sunnah yang diikuti, bahkan dijadikan hujjah untuk mendukung apa yang diperbuat oleh orang-orang kafir secara terus menerus, sedangkan kaum muslimin tidak secara mutlak melakukannya kecuali pada saat itu sahaja.

Kita mengetahui kebanyakan pemerintahan mempunyai hukum-ahkam yang keluar dari Islam dan kadang-kadang manusia dipenjarakan dengan zalim dan melampaui batas, maka bagaimana sikap kaum muslimin dalam hal ini? Rasul shallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memerintahkan dalam hadis sahih wajibnya taat kepada pemerintah walaupun dia mengambil hartamu dan memukul punggungmu. Namun kenyataannya demonstrasi bukan ketaatan kepada pemerintah seperti yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

Inilah yang saya (al-Albani) khuatirkan tentang apa yang dinamakan “Kebangkitan (syahwah) suara kebenaran,” bagaimana kita akan meredhainya? Bagaimana mungkin suatu kebangkitan (syahwah) dengan perasaan, bukan dengan ilmu? Padahal ilmu itulah yang menjadikan perkara itu dianggap baik atau buruk.

Tidak diragukan lagi di al-Jazair dan setiap negara Islam, syahwah ini lahir dari pemuda Muslim setelah mereka “bangun dari tidur”. Akan tetapi kamu akan melihat mereka berjalan di atas jalan yang menunjukkan ketidak-gigihan mereka dalam menuntut ilmu Allah 'Azza wa Jalla.

Kita tidak memperpanjangkan pembahasan. Cukuplah kita katakan pengambilan mereka terhadap dalil demonstrasi ini menunjukkan kebodohan mereka terhadap fiqh Islam sebagaimana yang kami telah nyatakan. Kejadian yang sesaat ini terbetik pada diri saya dan saya teringat bahawa kejadian ini tercatit dalam sirah.

Akan tetapi saya belum boleh mendapati sahih atau tidaknya saat ini. Jika riwayat ini sahih sanadnya dan ada salah seorang di antara kamu mendapati riwayat ini pada kitab-kitab hadis muktabar, tolong ingatkan saya. Sehingga saya boleh memeriksa barangkali riwayat tentang demonstrasi dalam sirah tersebut sahih. Maka kalaupun sahih, hanya dilakukan sekali sahaja. Jika terjadi hanya sekali sahaja, tentu tidak boleh dijadikan sunnah. Apalagi bila demonstrasi saat ini lebih sering dilakukan oleh orang-orang kafir yang seharusnya kaum muslimin meningalkannya (tidak menirunya).

Kejadian ini dilakukan oleh orang-orang kafir kemudian kita mengikutinya. Ulama Hanafiah telah membuat pijakan di dalam masalah fiqhiyah bahawasanya ada suatu masalah yang merupakan sunnah Muhammadiyah yang tidak sepatutnya ditinggalkan, iaitu sunnah membaca surah Sajadah pada pagi hari Jumaat (waktu solat subuh). Ini terdapat dalam Sahihain (Bukhari dan Muslim).

Walaupun demikian ulama Hanafiah menganjurkan pada imam-imam masjid agar sesekali meninggalkannya, dikhuatirkan apabila terus menerus diamalkan di kalangan orang awam, akan mengangkat hukumnya keluar dari hukum asalnya, iaitu dari sunnah menjadi wajib.

Kami mempunyai bukti yang mendukung ketelitian dalam fiqh dan pemahaman terhadap sunnah ini. Saya sangat ingat bahawasanya imam di masjid besar Damaskus iaitu masjid Bani Umaiyah, mengimami solat subuh di masjid tersebut dan dia tidak membaca surah Sajadah. Baru saja imam salam, tiba-tiba mereka membentak dan mendatangi imam tersebut seraya berkata: “Kenapa engkau tidak membaca surah Sajadah?” Kemudian ia menerangkan bahawa hal itu adalah sunnah, dan kadang-kadang dianjurkan untuk meninggalkannya.

Kejadian ini terjadi kerana imam masjid mengamalkan amalan tersebut secara terus menerus dan berlangsung lama. Dan waktu itu ia tidak mengerjakan amalan tersebut.

Lebih aneh lagi yang terjadi pada diri saya. Pada suatu hari saya berada dalam perjalanan dari Damaskus, kira-kira 60km ke Madhya. Maka aku hampiri di pagi hari Jumaat untuk solat berjamaah bersama kaum muslimin di sana. Tatkala itu imam tidak datang. Maka mereka mencari pengganti imam yang sesuai. Mereka tidak mendapati pengganti kecuali saya. Pada waktu itu saya masih muda dan janggut saya baru tumbuh. Dalam keadaan bingung, mereka menyuruh saya mengambil alih.

Saya sebenarnya belum menghafal surah Sajadah dengan baik, maka saya membaca surah Maryam. Saya membaca dua halaman awal. Tatkala saya takbir untuk rukuk, maka saya merasakan semua makmum telah sujud. Ini menunjukkan kerana apa? Kerana adat kebiasaan (iaitu mereka sujud tilawah kerana kebiasaan dan bukan dengan ilmu).

Sayogianya para imam menjaga keadaan masyarakatnya agar tidak ghuluw (berlebihan) pada sebahagian hukum-ahkam. Lalu memberi penjelasan bahawa masalah syariat, wajib untuk diambil dengan tanpa sikap keterlaluan hingga mengangkat darjat hukum sunnah menjadi wajib dan sebaliknya yang wajib menjadi sunnah.

Semua ini adalah ifrath dan tafrith yang tidak diperbolehkan. Inilah jawapan saya terhadap pendalilan (riwayat Umar di atas) yang menunjukkan atas kebodohan orang yang mengambil dalil dengannya. (Kaset Fatwa Jeddah no. 89980, pagi subuh, hari Ahad, 27 Jamadil Akhir 1410H).

Bantahan Terhadap Syubhat Abdul Rahman Abdul Khaliq

Di awal sudah saya sentuh masalah manhaj Abdul Rahman Abdul Khaliq terhadap pemerintahan muslimin. Iaitu bolehnya mengadakan demonstrasi sebagai alat dakwah dengan berdalil riwayat Umar radiyallahu ‘anhu yang dibawakan oleh seorang penanya di atas.

Dan Syeikh al-Albani mengatakan bahawa beliau belum tahu sahih dan dhaifnya riwayat tersebut. Syeikh Abdul Aziz bin Baz telah membantah syubhat Abdul Rahman Abdul Khaliq. Kata Syeikh bin Baz: “Engkau menyebutkan pada kitab Fushul Minas Siyasah as Syariyah hal. 31-32 bahawasanya termasuk dari uslub (metod) dakwah Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah demonstrasi. Saya belum pernah mengetahui nas yang sharih (jelas) dalam masalah ini. Maka saya mengharap faedah dari siapa kamu mengambil dan dari kitab mana kamu dapatkan. Jika hal itu tidak ada sanadnya, maka kamu wajib untuk rujuk (kembali/bertaubat) dari hal itu. Kerana saya tidak tahu sama sekali nas-nas yang menunjukkan hal itu.

Dengan menggunakan demonstrasi atau tunjuk perasaan justeru mengakibatkan banyak kerosakan. Jika nas (dalil) itu sahih, maka sempurna sehingga orang-orang yang membuat kerosakan tidak berdalih dengannya dalam demonstrasi-demonstrasi mereka yang batil.” (Tanbihat wa Ta’aqibat. Hlm. 41).

Jawapan Abdul Rahman Abdul Khaliq: Adapun ucapanku pada kitab al Fusul Minas Syiasah as Syariyah fi Dakwah Ilallah, maka saya katakan: Saya telah menyebutkan demonstrasi-demonstrasi yang digelar itu sebagai wasilah (perantaraan) Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam menampakkan dakwah Islam sebagaimana telah diriwayatkan bahawa setelah masuk Islamnya Umar radiyallahu ‘anhu kaum muslimin keluar kerana perintah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada dua saf (barisan) dalam rangka menampakkan kekuatan. Dalam satu barisan terdapat Hamzah radhiyallahu ‘anhu manakala barisan yang lain ada Umar bin al-Khattab radiyallahu ‘anhu beserta kaum muslimin.”

Kemudian Abdul Rahman Abdul Khaliq membawakan riwayat dengan sanad-sanad yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah dengan sanad sampai kepada Ibnu Abbas radiyallahu ‘anhu, Ibnu Abi Syaibah dalam as-Syabah dan di dalam tarikhnya serta al Bazar. Kemudian dia (Abdul Rahman) berkata: Tetapi setelah kedatangan surat anda (Syeikh Ibnu Baz) aku dapati bahawa jalur sanad hadis ini atas Ishaq bin Abdullah bin Abi Farwah, dia mungkarul hadis. Demikian pernyataan Abdul Rahman Abdul Khaliq (ini membuktikan bahawa Abdul Rahman Abdul Khaliq mengakui tentang kemungkaran hadis demonstrasi).

Tapi anehnya setelah itu ia mengatakan: Saya berpandangan metod ini (demonstrasi) boleh untuk dijadikan metod yang benar dalam mendorong/menganjurkan manusia dalam solat Jumaat dan berjamaah dalam rangka menampakkan banyaknya orang Islam. Demikian juga mempamerkan tentera-tentera Islam bersama dengan peralatan perang, kerana hal ini dapat menaklukkan hati-hati musuh dan menakutan musuh-musuh Allah serta meninggikan syariat Islam.

Demikianlah cara ahlul bid’ah. Setelah ditanya atau dibantah dari sisi pendalilan (dari syara') dan setelah ucpan atau perbuatannya diketahui tidak benar, bahkan palsu, mereka tidak mahu merujuk kepada dalil yang sahih dan manhaj yang benar. Bahkan dia berdalih: “Maksud saya demikian, maksud saya demikian.” Boleh sahaja hadis lemah dalam hal ini, bahkan hadis palsu dijadikan i’tibar dan berbagai silat lidah (putar belit) lainnya pun meluncur tajam dari mulutnya sebagai alasan.

Maka saya katakan: Setelah dalilnya diketahui mungkar, kerana adanya perawi yang mungkarul hadis pada sanadnya, tentu saja demonstrasi tidak boleh dijadikan sebagai hujjah manhaj amar makruf nahi mungkar. Kerana metod/inti dakwah adalah tauqifiyah, iaitu harus sesuai dengan metod Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para sahabatnya.

Andainya kisah Umar itu sahih, maka penjelasan adalah sebagimana yang telah diterangkan oleh Syeikh al-Albani, bahawa setelah diketahui dalil mereka berdemonstrasi itu dhaif (lemah) bahkan mungkar, maka tidak boleh lagi dijadikan sebagai dalil bolehnya berdemonstrasi, sekalipun niat dan tujuannya disangka sebagai baik, sebagaimana telah diterangkan oleh Syeikh bin Baz di atas. Wallahu a’lam.

Kemungkaran Demonstrasi (Tunjuk Perasaan)

Dalam tulisan di atas, sudah diterangkan sebahagian kemungkaran pada perbuatan demonstrasi (tunjuk perasaan), maka jika diringkaskan maka antara kemungkaran-kemungkarannya ialah:

(1). Ianya jelas berbentuk tasyabbuh, iaitu perbuatan tersebut menyerupai perbuatan orang-orang kafir.

(2). Termasuklah khuruj (keluar menentang pemerintah) yang dilarang oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam riwayat Muslim dan lain-lain.

(3). Menceritakan aib pemerintah di hadapan umum dalam bentuk pidato/ucapan yang inipun dilarang oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

(4). Ikhtilath (bercampur-baurnya) lelaki dan perempuan, bahkan berhimpit-himpitan.

(5). Tidak berasaskan undang-undang atau hukum syara', yang mana demonstrasi seringkali berlaku di dalamnya pidato/ucapan berbentuk hasutan dan fitnah.

Jalan Penyelesaian Dari Krisis

Pada situasi sekarang, perkara ini perlu diselidik dengan sebaik-baiknya oleh kerajaan agar tidak timbul fitnah yang lebih besar. Saya yakin dan percaya pihak polis atau FRU tidak mengunakan kekerasan pada insiden tersebut. Ini berlaku disebabkan ramainya mahasiswa yang berhimpun dan mengakibatkan kecederaan. Ini kerana kalau pihak poli dan FRU bertindak kasar, bilangan yang cedera akan mencecah ratusan.


Adapun setiap situasi yang kacau bilau, maka jalan keluar dan penyelesaiannya bukanlah dengan demonstrasi, tetapi dengan amar makruf nahi mungkar dengan cara yang tepat dan benar. Kemudian menyebarkan ilmu yang hak di kalangan umat agar muncul generasi-generasi yang berbekal ilmu. Akhirnya diharapkan nanti setiap langkah yang mereka lakukan diukur dengan ilmu syara yang hak. Dengan demikian akan musnahlah virus salah guna kuasa, rasuah dan virus-virus yang lainnya.

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan ang mengerjakan amal-amal yang sholeh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." (Surah an-Nuur, 24: 55)

Wallahu’alam.
PENGERUSI KELAB UMNO KAHERAH MESIR